Friday, August 26, 2011

hari ini hari jumaat
dan sesungguhnya
balik rumah!!!yeahh!!
cuti hari raya memang la sangat excited
excited, excited juga...
ramadhan lebih kurang 5 hari lagi ni perlu dijalani dengan jayanya
insyaAllah :)

memang seronok la kan nak balik nanti
nak raya, mestilah seronok
tapi banyak pula kerja yang perlu diselesaikan
rasa macam nak bawak balik je semua buku dan kerja tu
tapi
memang dah tahu dah tidak akan selesai lah kerja2 dan buku2 itu dirumah nanti
bawa pulang untuk melegakan hati
kalau tak bawa balik, kang nanti menyesal pula(konon2nya)

selamat bercuti kawan2
semoga selamat perjalanan pulang dan kembali ke sini
dan

selamat hari raya
maaf zahir dan batin : )
kalau main mercun,sila berhati-hati



comel ^^

moodhati,notakaki:;
1. boleh tak nak raya dulu, then baru pikir CWU..uuu..
2. sejuk mata memandang adek2 td pakai jubah putih + kopiah.. sweet sangat..mesti seronok ada anak mcm tu kan..^^


ok lah,mata sudah minta untuk dipejamkan..
pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini:

1. setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. (membaca surah Al-Ikhlas 3 kali)
2.  mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat.  (berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain)
3. sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. (beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin )
4. hingga kau selesai mengerjakan umrah.(membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah)

dipetik dari genta-rasa 
selamat malam
wasalam

"bismikallahumma ahya wa amut"

Wednesday, August 10, 2011

kepulangan

..ramadhan 10..
alhamdulillah masih dipanjangkan nyawa sehingga hari ini
berpuasa bukan sekadar menahan lapar dahaga dan perkara2 lain yang membatalkan puasa

3 hari sudah berposting orthopedic..
posting yang memerlukan kefahaman dan ingatan anatomy yg mantap.
agak berat buat saya yang sememangnya tidak berapa suka anatomy.
tetapi akan saya sukakan diri ini akan anatomy sehingga jatuh cinta padanya
dapat Mr ortho surgeon yg sgt baik ^^

3 hari sudah juga berada di kolej setelah pulang dari cuti midsem
sudah merindui rumah dan isinya
juga my boys yang semakin gemuk dn comel

cuti raya 16 hari lg
bersabar wahai hati
tunaikan dulu kewajipan sbg hamba yang sedang belajar

oh..
5 ogos 2011
genaplah 22 tahun saya di dunia ini
tahun ini berharijadi di bulan ramadhan dan dirumah ^^
semoga saya akan jadi lebih baik dari hari2 sebelum
 juga, semoga bertambah matang dan bertambah berat..tapi jgn over pula
terima kasih kawan2 yang wish haritu (sgt ramai..penuh wall FB)
..terima kasih juga FB : )


moodhati,notakaki:
1. rubber tendon hammer saya hilang ntah kemana...walaupon kecil, hitam dn mengotorkan whitecoat, namun ia sgtlah berharga...
2. banyaknya kerja yang tertangguh..akibat sikap suka menanguh2..padan muka dekat diri sendiri

maghrib sudah hendak menjengah
siap2kan juadah buka pose (beli je pon)
tunggu azan berkumandang
setelah azan..cepat2lah buka pose anda

allahumma laka sumtu wa bika amantu wa a'la rizkika afthortu birahmatika ya arhamar rahimin

(Yang bermaksud, Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “)

selamat berbuka puasa dn selamat berpuasa untuk hari2 seterusnya
(^_^)