Monday, February 27, 2012

al-iman wal-hayah

rehat kejap...

iman
bersama Islam ia adalah nikmat terbesar bg manusia.
titik permulaan perjalanan hidup yang benar
perjalanan hidup berlandaskannya juga adalah benar
pengakhiran hidup juga adalah benar

semuanya Allah dah janjikan..

iman..
menimbulkan rasa tenang...
kerana iman menimbulkan kesyukuran atas apa jua nikmat kurniaan Allah..
merasakan segalanya cukup baginya.
miskin atau kaya, susah atau senang..
semuanya adalah ujian Allah... tarbiyah dariNya
lalu ia menimbulkan kesabaran dan ketenangan..


iman..
menimbulkan  pengharapan..
lalu menimbulkan semangat perjuangan dan  kesungguhan
perjuangan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran
TIADA kata putus asa dalam jiwa orang beriman

Surah Yusuf : 87
".......sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir."

Ibnu Mas'ud pernah berkata:kebinasaan itu berpunca drpd 2 perkara: putus asa dari rahmat & kurniaan Allah dan merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.
 

Kehidupan (inteam).

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Al-insyirah: 5-6
Allah berfirman, maksudnya:
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

IMAN -- YAKIN,
berIMAN kepada Allah--yakin kepada Allah (rukun iman yang pertama).


M/H:
1. pesanan buat diri
2. speechless dengan ketidakpandaian diri...semoga ada hikmah disebalik semua ni..inshaAllah

berdoa dan berharap..
amanlah hati..
nak study

selamat berstudy week kpd kawan2...
doa + usaha + tawakal

Saturday, February 18, 2012

18FEB r-e-n-e-x 89

the girl in the above pic is miss saidatul azreen aka reen aka lagi renex...
(reen, aku curi gambar dr FB ko..hehe :P )
renex tu apa? saya pon tak tahu sebenarnya..hehe..
 she is my best friend and always be mine..
eventho kita dah lama sgt2 tak jumpa dan tak calling2 gossiping & what so mcm dulu2.. huu
itu la kekurangan saya, jarang sgt2 contact kawan lama..
bukan lupa..
nak kata busy takda la busy sgt mcm PM..
maafkan saya atas kekurangan ini..huu

18-02-2012
harini birthday cik renex 
happy bornday reen!!
semoga panjang umur & murah rezeki
semoga success dunia akhirat
semoga sentiasa di bawah rahmat-Nya
semoga dipertemukan dengan cowok yang baik (ke dah ada??ehhehe), cepat kahwin, dapat baby, cucu & cicit,,hehe
semoga our friendship will last forever

miss & love you ^^



tiup lilin..fuuuhhh -->


Sunday, February 12, 2012

tersentap 2

berakhirnya posting ophthalmology dengan hari yang sangat...
bolehlah dikatakan nightmare di siang hari..
bukan sahaja menyentapkan hati ini
tapi menyentapkan hati dr juga..

tak perlu menyalahkan sesiapa
diri ini yang bersalah
kurangnya motivasi diri

alhamdulillah..
bagus juga bila ada orang yang tegur kita
baru sentap hati...
baru tersedar dr mimpi yang lena

benarlah
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..


berubalah selagi ada hayat...
bak kata org puteh,
"better late than never" ^^


coret-coret "Mengilham harapan, mencipta masa depan"


mengilham harapan, mencipta masa depan
adalah motto universiti kebanggaan malaysia                                                       

 VARSITI KITA

Lihat Kampusku yang tenang                                  
Damainya alam ciptaan Tuhan                                
Paduan ilmu dan keimanan                                     
Amal dan jerih digabungkan                                   
Lautan ilmu kita harumkan                                       
Sumber ilmuan berkembangan 
                              
Inilah Varsiti Kita                                                   
Ditengahkan hasrat rakyat kita                               
Dari mula untuk semua                                          
Bagai tanda perjuangan kita                           

Bangun berbakti membela                            
Memupuk insan jiwa bertakwa                      
Memimpin manusia semua                            
Kenal akan adat unggulnya                          
Membina negara sentiasa                            
Maju berilmu dan bahagia                            

sangat lama tidak menyanyikan lagu ini...sabtu lepas, berpeluang menyanyikan lagu ini dengan senior yang sat je lagi akan bergelar doktor. sedang menyanyi dengan semangtanya dengan suara seakan2 siti norhaliza...tiba2 hati tersentap dengan 1 ayat yang telah diboldkan di atas..
amanah dan tanggungjawab

boleh dijadikan pembakar semangat di saat tak berapa rajin nak study..



falsafah UKM:

UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Wednesday, February 1, 2012

dia yang pertama

ya..ya..
dia yang pertama dikalangan kami
yang pertama bertunang...
dan kemungkinan besar dia juga yang pertama kahwen 
bukan mungkin, memang of kos la kan :)
oh..macam tak percaya pula

dulu kita selalu  main masak2, buat pondok kat kebun, nyerok, racing basikal kat jalan depan rumah, 
naik moto bukan saja tripple, malah quadruple  lagi tu. 
dulu2 kita memang ohsem kan..


happy for both of u..
tapi sedih gak sebenarnya, sebab kau kahwen dulu dari aku..haish =_='
haha

congratulation amira a.k.a dedek
semoga berbahagia selalu
 you are so gorgeous baby..
abaikan mataku yang menyepet nak lawan elida :P

semoga our friendship will last forever& ever
walaupon kita dah beranak-pinak, bercucu-cicit
kerana kita memang ohsem ^^
love u all lah..muah2

*ada 1 soalan yang akan ditanya oleh semua saudara-mara, teman ataupon jiran anda apabila salah seorang geng anda dah bertunang/ kawen...

soalannya--> "farah, kau bila pula?" (=_=)"


*di umur2 sebegini anda memang akan mengalami keadaan dimana jemputan kahwen tak putus2 sehingga membuat anda terasa ingin berkahwen..haha..:D

*minggu ni banyak perkara yang berlaku, untuk mematangkan diri ini, mungkin...