Saturday, July 30, 2011

cuti yang dinanti

cuti = berehat, tak cuti pon berehat juga. 
setelah 2 bulan mengerah tulang, otot dan semestinya otak
maka semalam telah berakhir posting pertama tahun 4. 

cuti ini memang sgt2 dinantikan especially kawan2 yang duduk jauh..
dah 2 bulan mereka tak balik..huhu

cuti = berseronok, tak cuti pon berseronok juga
cuti kali ini jatuh pada bulan ramadhan
bertambahlah seronok la kan kawan2
puasa dengan keluarga
oh..tak sabar pula 

selamat bercuti dan selamat menjalani ramadhan al-karim
semoga selamat dalam perjalanan pulang dan perlajanan ramadhan
jgn lupa untuk kembali semula ke kolej ahad depan  :)

notakaki:
1. short case semalam dah berlalu..sekarang tawakal dan perbetulkan apa yang salah
2. bilik seperti dobi sudah..phenomena biasa bila nak balik cuti panjang (seminggu je pon)
3. balik hari ni untuk menuntut janji Atak...hehe

 


Friday, July 22, 2011

penawar hati yang sakit

baju yang kotor boleh dicuci..masuk mesin basuh + sabun basuh baju, breeze,top atau sebagainya..
hati yang kotor pula bagaimana?


proses penyucian hati:

  1. meunaikan solat ...kuantiti dan kualitinya..dua2 diambil kira
  2. banyakkan membaca al-quran dan memahaminya
  3. zikrullah..ingatlah Allah..secara verbal dan dengan mengagumi ciptaan Allah di bumi, di langit dan di antara duanya.
  4. lawanlah nafsu..mujahadah an-nafs..istiqamah dalam lawan nafsu sehingga mencapai peringkat nafsu yang tertinggi iaitu nafsu mutmainnah..nafsu yang telah terdidik
  5. zikrul maut..ingatlah akan kematian..


Yang Singkat Itu WAKTU.
Yang Menipu Itu DUNIA.
Yang Dekat Itu KEMATIAN.
Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
Yang Berat Itu AMANAH.
Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
Yang Susah Itu SABAR.
Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
Yang Berharga Itu IMAN.
Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT
notakaki:
1. post ini adalah sambungan post di bawahnya..peringatan utk penulisnya juga
2.kedua2 post ini adalah isi2 yang sy dapat dari pengisian semalam
3. marilah sama2 berusaha \(^_^)/
 
mood: pening memikirkan ssm..mata sudah berpinau membaca journal2 yang tidak kurang hebat panjangnya

hati dan liver

liver adalah hati...
tapi hati yang saya nak cakap bukan liver sebenarnya..
hati kita adalah al-qalb قلب
hati kita ni memang kita tak boleh nampak..
tapi kita boleh rasa 
(tak tau nak describe mcm mana perasaan hati tu,korang tahu sendiri kan)
tapi hati kita tu la yang mengawal pergerakan,percakapan dan perbuatan kita

hati kita ni memang manja..perlukan perhatian sepanjang masa
hati kita juga sensitif..senang dijangkiti
bila dah dijagkiti..mulalah bintik-bintik hitam timbul (cuba bayangkan, burukkan..)
mula-mula kecik2 je bintik tu..tapi lama2 membesar kalau kita tak jaga hati kita elok-elok
hati ini pon macam tu juga...tak sempurna..

hati kita bukan macam liver yang bila dijangkiti boleh nampak kesannya
kalau liver kita dijangkiti virus..contohnye hepatitis virus..tak kesahla Hep A,B,C,D,E atau G
mungkin kita boleh dapat jaundice and mungkin liver kite tu bengkak
kalau dah kronik boleh diganti
tapi hati kita yang itu, bila dijangkiti..kita tak nampak signs kan..

tapi hati yang dijangkiti pon ada symptomnya..
1. malas beribadah
2. mencintai sesuatu lebih daripada Allah SWT
3. doa tidak mustajab..tidak dimakbulkan

hati ini pon bukannya sempurna
sama2lah check balik hati2 kita


moodnotakaki:
1. post ini adalah warning kpd penulisnya
2. lagi seminggu cuti dan ramadhan..tak sabar rasanya nak balik rumah dan pose kat rumah..tapi ada shortcase pula ditengah jalan..nak tak nak kena singgah juga : I
3.tadi mini quiz...walaupon mini,tak semestinya memerlukan mini knowledge
4. CWU baru sahaja mendarat di pejabat paediatrics..syukur..
5.kini sedang posting ni NICU..ingatkan lagi free dari pergi HKL..huu..
6. sedih melihat adik2 kecik dalam NICU bertarung untuk teruskan hidup...bertambah sedih bila tengok ibu2 mereka..tapi walau mcm mana pon condition adik2 tu..dyorg tetap comel ^^..

lupa plak nak letak quote ni:
baju yang kotor boleh dicuci, tapi hati yang suci sukar dicari
v(^_^)v

Thursday, July 21, 2011

Sunday, July 17, 2011

harry potter

day 3: ros saya dah mekar sikit..penat tunggu dy kembang habis...daunnya pon dah layu..


semalam tgk Harry Potter and the deathly hallows part 2..
the end of an era..
it all ends semalam after 10 years.

harry yang dulu comel dah besar panjang..dah jadi bapa budak lagi tu..hehe
dumbledore yang serius pon dah pandai buat joke
neville pula jadi hero seyh..dapat luna lovegood lg tuh
patutlah snape tak kawen2..hehe

overall cite memang best la
banyak main emosi
sedih-kelakar-terkejut-terkesima (wow)-happy
rasa macam nak tengok lagi sekali



notakaki:
1. thanks mizah sbb bersusah payah book tiket..tak yah beratur panjang2 kan : )..kalau dah beli buku HP nanti roger2 la aku eh..hehe
2. weekend ni memang enjoy..tapi, CWU saya masih tiada progression..masih di situ juga : (
3. pagi tadi jogging dengan cik nabil...dia ajak pusing bulatan besar..memang besar..berbukit2 pulak tu..semput..semput..(padahal jalan je)
4. mizah..aku jumpe dr neuro ko^^..dia jog banyak round seyh..tak berenti..