Friday, April 6, 2012

minda bergerak secara rawak 5

di malam jumaat
bermakna esok sabtu!!
yehuu!!
its holiday..
a 1-day break from my SSM
finally!!
this whole week i feel like i am a working woman..
masuk klinik at 9am
then travel from hukm to lab in the midday- not just a time consuming but very costly journey indeed.
analyzing samples through a microscope
after few slides,everything became blur..that's normal for normal eyes.
and then, reach ktdi at 5.00pm the earliest
ya Allah, berilah kekuatan dan kesabaran buat hambaMU ini.

this morning,
at the taxi-waiting area..
tengah duduk di atas bangku bersama 2 org lg kawan
sambil tengah bebel2 geram org datang lambat
'''saya tak suka late-comers
datang seorg pak cik driver
pak cik: pandai baca jawi tak? (sambil bg 1 paper)
me: boleh..(dalam hati: pak cik ni nak mintak tolong bacakan kot)
.
.
.
.
.
.
nama2 nabi kita..
saya dah pelik dah masa tu..
.
lepastu pak cik tu tanya, adik nama ape?
saya pon dengan jujur & innocent nya cakap, nama saya FARAH
then, pak cik tu kira2 guna jari..
"o..sensitif dan cepat nangis'
then, dia tanya kawan saya yang lain
.
.
perbualan berterusan dengan pelbagai soklan mencabar dari pak cik itu
.
.
nasib baik ada org lain nak naik teksi dia, so dia tak sempat nak tanya banyak soalan
FUH...

sensitif dan cepat nangis??
oh, lagi satu dia cakap,
mood saya tak tentu, kejap cakap banyak dan kejap diam seribu bahasa

tak nak percaya
tapi

macam betul je..............huhu



m/h:
cara hidup kita mungkin berbeza...dan pandangan kita juga mungkin tak sama..

Thursday, April 5, 2012

minda bergerak secara rawak 4

di satu malam yang malap
diterangi cahaya lampu fluorecent kecil dari meja study
ditemani oleh bear gemuk yang sudah penyek dan berbau wangi macam tuannya
ahakss

di malam malap ini,
saja saya merawakkan diri lagi sekali
sebelum melelapkan mata

3 hari ini..
adalah permulaan semula hari2 yang penat-slash-letih-slash-tiring
SSM
urghhh!!
asyik merungut je la saya ni
tak baikkan
mari berhenti merungut!

alhamdulillah...sample semakin bertambah.
bermakna sample yang perlu dicari semakin sedikit
yeehuu!



sila lelehkan air liur anda
haha

pesta maggi telur WOW!
tidak seharusnya berhenti di FB sahaja
perlulah diceritakan di blog juga
walaupon bukannya ramai orang yang baca blog ni
ada ku kesah?? hakhak


inilah maggi telur wow!
maggi kari campur telur campur sayuran
bila dimakan bersama kawan2
memang terbaiklah!

dah macam promoter maggi plak..
maggi ni memang sedap
tapi janganlah makan selalu sangat ye
sbb ia tak termasuk dalam kumpulan makanan sihat
: )

bercuti..
terngiang2 gelak emak 2 minggu lalu bila saya tanya
"Mak, dah lama kita tak bercuti kan?"
ermm..
teringin sangat hendak ke cameron..memetik strawberi, bergambar kat ladang teh dan petik ros yang berwarna-warni
ini semua disebabkan drama2 kat tv tu -_-"

sekian sahaja.
mari rehatkan minda.

m/h:
setiap seorang itu mungkin mempunyai kehidupan yang berbeza namun yang pasti hidup di dunia ini adalah satu perjalanan yang sama untuk menuju pengakhiran nanti.

Allah knows best!

Wednesday, March 28, 2012

minda bergerak secara rawak 3

di satu malam yang tenang
seorang diri
di dalam bilik yang baru diubahsuai
yang nampak lebih luas :)


isolation aka pengasingan

asing - terasing -mengasing - diasing
saya pilih mengasing
sudah 2 hari saya dengan sedaya upayanya mengasingkan diri
risau kalau2 menjangkiti kawan2 lain

viral conjunctivitis..
selama ini saya ingat ia tidak sakit
bila dah kena, baru tahu
sakit!
sangat mengganggu tidur saya
malah mengganggu tidur zati..
thanks zati ^^
semoga awak tak dijangkiti..amin


alhamdulillah...
bila kita sakit, baru kita terketuk dan tersentap kerana selalu sahaja lupa untuk mensyukuri nikmat kesihatan

“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” 
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

masa lapang..
saya sangat2 la free 2 hari ini..
apa yang saya telah buat sepanjang 2 hari ini??
hmmm...
esok haruslah lebih baik dari hari ini
akan berusaha!!

Tuesday, March 20, 2012

minda bergerak secara rawak 2

di satu malam yang suam2 kuku
di dalam bilik seorang diri
dan setelah selesai kerja yang di terima tadi
lalu tak tahu hendak buat apa

baca buku?
belum sampai lagi mood untuk menstudykan diri
stress menjawab exam haritu masih ada lagi saki bakinya

bercakap pasal buku..
voucher buku yang diterima beberapa bulan lalu masih berbaki rm100
tak tahu hendak beli apa
buku, rasanya dah terlebih2 kat atas meja, dalam rak dan selebihnya di dalam kotak


cuti..
cuti sem ini adalah cuti terpendek
1/4 dari yang sepatutnya
SSM..
SSM..
SSM..
SSM..
nasib baik ada teman yang sama2 berSSM
tak adalah sunyi sangat


netball dan resuscitation
lebih sebulan tidak bermain
masing2 sibuk
hari ini baru berpeluang bermain semula
best!
dan we do learned something today
alhamdulillah semuanya selamat
a very big lesson in life as a doctor / as a rescuer
cuak sgt td ok!

perubahan..
saya rasa setiap hati2 itu pasti inginkan perubahan
dan saya pasti perubahan yang diimpikan adalah perubahan ke arah kebaikan
ingin berubah itu adalah satu cabaran
sungguh...
besar cabaran itu
ia adalah satu perjuangan 
apa yang boleh dilakukan??
selalulah memohon kekuatan dariNYA
selalulah memohon bantuan dariNYA
selalulah berdoa kepadaNYA
kerana pasti! hanya kepada DIA tempat kita bergantung


"aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan,
dan selama nafas ini masih terus berhembus, selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang berjuang dan terus berjuang!"
...Oki Setiana Dewi..

Monday, March 19, 2012

rawak

di satu petang yang mendung..
seorang diri di dalam bilik..
dan tak tahu hendak buat apa..


alhamdulillah...
first time drive safely from home to ktdi..
nak tercabut wa punya kaki.
konon2nya balik after lunch hour untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di KL yang memang selalu jam.
namun, apakan daya, kita merancang, Allah yang tentukan..
kat tengah2 high way ada  accident pula..2 kereta bertindih atas bawah.. 
(alhamdulillah semua yang terlibat selamat)
lalu menyebabkan kesesakan lebih kurang 2km la saya rasa.
dan yang paling tak tahan, jam itu bermula di kawasan berbukit..
hayoo!!dah la wa bawa kereta manual
serius la nak tercabut wa punya kaki
wa tak suka jalan berbukit..

tapi..

alhamdulillah sampai juga di KTDI tercenta ini...
(baru rasa bertapa penatnya abang dan abahku menghantar anaknya pulang ke kolej..terima kasih abah & abg mami T_T)
(pagar kolej dah cantek dan mungkin lebih selamat..kerana tiada dawai2 spt dahulu yang adala 2-3 kali memakan jariku)

alhamdulillah...
alhamdulillah...
alhamdulillah...
saya boleh tidur lena sekarang.
saya dah nampak nama saya dengan mata saya sendiri..
baru puas hati..
alhamdulillah...
semoga dengan kejayaan ini saya akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya akan saya gunakan sebagai doktor kelak...insyaAllah..
dan semoga dengan kejayaan ini saya tidah riak atau sombong.