Saturday, June 25, 2011

satu permulaan^^

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)).

رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya 
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. 
Barangsiapa yang hijrahnya kerana  dunia yang dia mahu mencari habuannya, 
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah 
perkara yang ditujuinya itu.

(Hadis ini diriwayat Al-Imam al-Bukhari dan Al-Imam Muslim) 

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Niat adalah teras segala amalan.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan
suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah.
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar,
sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

terngiang2 suara MUAZ yg nyanyi lagu hadis ni~~

2 comments:

azhana said...

wah. macam tak busy je paeds ni. bole update 2 posts per day. hoho. btw, nice sharing. :)

yukiyepi said...

azhana, perli ea...hehe..rindula nak g wad ngan ko..hukhuk