Tuesday, September 27, 2011

The road not taken


Ketika stress seperti sekarang mulalah fikiran merewang-merewang mencari jawapan kpd keluhan. 

Sekarang ini tengah hot pasal graduasi. Seronok tengok kawan-kawan yang grade. Tahun ni ramai sangat kawan2 yang grade. Especially kawan2 forecast dulu. Bila buka FB, penuh wall dengan gambar mereka. Maka terdetiklah rasa cemburu yang teramat. Siapa yang tak jelous tgk kawan2 lain grade sedangkan dia masih ada lagi setahun setengah pengajian. Hoho.. sabarlah hati.

Bila dah jelous mulalah hati ini tertanya2 diri.
..kenapa kau pilih jalan ini?
..kenapa kau tidak pilih jalan yang itu?


Bila hati mula mengeluh, mulalah hati jadi layu. Hilang semangat. Oh NO!!! ini bahaya. Jangan biarkan emosi mengawal diri!

Kembalilah kepada niat. Ikhlas itu penting!

Decision making..

membuat keputusan. Hidup ini memang penuh dengan pilihan. Kadang2 pilihan itu sangat banyak sehingga tak terdaya untuk memilih dan kadang2  pula sehingga ditelan mati mak,diluah mati ayah.
Setiap hari kita membuat keputusan. Nak bangun pagi awal atau lambat? Nak makan atau tak? Nak study atau tidak?
Setiap pilihan pasti ada baik buruknya.  Kita sebagai manusia, gunalah akal untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Jangan main terjah sahaja. Analyze betul2 setiap pilihan yang ada. Fikir baik buruknya untuk masa terdekat dan masa akan datang.  

Mohonlah petunjuk dari Allah dan berdoa semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik! 

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"


the road not taken By Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


the difference could b good or bad. it depends on how the person interpret it. 
for me, the difference should b a good thing ^^


No comments: