Monday, October 10, 2011

bila exam bakal tiba

1. mulalah hidup tak tentu hala..
nak baca nota ape dulu?nak baca mcm mana? sehari kena baca berapa?
arghh..!!banyak pula tajuk kena cover..

2. menyesal tak sudah..
tu la hang, tiap2 sem macam ni. nak exam baru kekabutan dn keserabutan.
masa macam ni la baru nak berazam " lepas ni aku akan rajin belajar!tak ada da buang2 masa"
tapi lepas exam..balik ke "habit" yang biasa..emm..

3. mulalah emo tak tentu pasal.
pantang tak kena sikit, mulalah rasa nak marah..semut jalan atas nota pon nak marah..ish2..moody je memanjang

4. mulalah makan tak lalu, tidur tak lena, mandi pon kerbau2 je.

5. mulalah mengimpikan yang bukan2..nak kawen!!! =O

stress adalah perkara biasa bila nak exam. tanyalah student course ape pon..pasti mereka stress bila nak exam. ada banyak sbb kita stress nak exam. 

1. study last minute! yang ini adalah faktor utama bagi saya. tak dapat dinafikan..wuwu..
2. keadaan persekitaran yang mungkin menambahkan keserabutan otak..contohnya, bilik bersepah, bau busuk dll
3. ada masalah lain selain masalah study..masalah dengan kawan2/family/org2 lain
4. ada org cakap tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang.(yang ini saya tak berapa setuju la kan..sepatutnya harapan ibu ayah ni kene dijadikan pendorong mencapai kejayaan)
5.dan faktor2 yang lain...(malas nak piki)

macam mana nak kawal stress ni ye?

dulu-dulu masa sekolah, kalau ada motivational talk pasal exam..salah satu cara nak kawal stress menghadapi exam yang most motivator bagi ialah "membuat persediaan awal"= study dari awal la kan..em, kalau nak guna tip ni sekarang memang tak dapat la eden nak tolong...

oleh kerana tip 1 tadi tu dah tak boleh guna buat masa sekarang ni..moh la kita guna tip2 lain yang mungkin berguna. 

1. ingat kembali niat dan matlamat.

2. jagalah hubungan kita dengan Yang Esa - berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa.

3. rehat sekucup rasa. tidur mesi cukup! rehat 10-15min selepas setiap 1 jam belajar. tarik nafas dalam2. buka tingkap, hirup udara segar.tak pon pergilah buat benda2 yang di sukai.

4. makan makanan yang sihat dan pergilah bersenam. kadang2 bila exam ni tak lalu makan kan. makanan tu 
penting. sumber glucose. otak kita perlukan glucose untuk bergerak. lagi2 waktu begini. tapi jangan sampai kenyang sangat.

5.elak bergaul dengan orang yang sedang stress sbb stress boleh berjangkit  =\  

7. setelah berusaha, yakinlah anda boleh. tapi jangan over confident pula.

setelah selesai semua perkara..bertawakallah kepada Allah. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah. Sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana pasti ada hikmah yang lebih berharga. 


notahati:
- pesanan buat diri ini yang sedang memperbaiki dan membina kekuatan diri kerana sesungguhnya saya mmg tengah stress!! cool'..cool..^^




2 comments:

MARDI MY said...

alamak! sy seperahu dengan awk~

yukiyepi said...

oh..jom sama2 mendayung!hehe