sekejap sungguh masa berlalu..pejam celik dah minggu terakhir posting psychiatry.. sepanjang 2 bulan ni, apa yang saya dah belajar? saja untuk mereflek diri..bila pikir2 balik, banyak benda baru yang saya belajar sebenarnya. Tapi saya tahu banyak lagi yang saya tak tahu. ilmu Allah tu kan luas. semakin kita belajar, semakin banyak kita tak tahu. tapi tak bermakna kita tak perlu belajar.
posting psychiatry ni, banyak jugalah task yang kena buat. tapi memanglah, kalau nak dibandingkan dengan TRIAD, kita jauh lebih relax. kekadang tu rasa macam terlebih relax pulak. lagi2 sekarang ni, long case saya telah berlalu isnin lepas..cwu pon da anta..seriously, lepas long case tu, perasaan malas membuak2 :( sepatutnya saya perlu amek kesempatan ni untuk cover balik apa yang sy dah belajar sepanjang 2 bulan ni..sebab next week dah start posting baru yang sy tahu ia sangat2 busy..ee..rasa nak ketuk2 je kepala ni..dush2!!
kalau kita sebut je psychiatry, most people akan terpikir "orang gila"... stigma biasa kan..dulu pon saya macam tu juga.. tak boleh nak salahkan mereka yang ada stigma tu. mereka cuma tak tahu apa sebenarnya psychiatry ni..kat sinilah pentingnya psychoeducation. "tak kenal maka tak cinta"..
patient psy ramai..dan doctor cakap, in the future, mental illness pon akan jadi big burden kat malaysia..
masa hari pertama nak masuk wad psychiatry, takut tu memang la ada..otak ni asyik tertanya2 "selamat ke tak masuk wad ni??kalau diorang mengamuk macam mana???" sebenarnya ok je pon.. so kawan2 yang akan masuk psy nant..jangan takut. ok je sebenarnya.. :)
tadi pergi Family Support Group session..sangat2 la menarik untuk join. masa ni carers share pengalaman diorang jaga famili yang ade mental illness..at least carers ni tak rasa keseorangan..dan in the future, bila dah jadi doctor, saya MESTI recommend FSG ni kat semua family yang ada masalah mental..saya bolehla cerita pengalaman saya join sesi ni untuk menguatkan lagi hujah saya..haha..nak berhujah2 plak..teori + pengalaman itu lebih baik.
2 bulan ni. nov & dec, selain berposting psy, banyak perkara lain yang berlaku:
1* kisah JOM p PANGKOR slash Bina Tata Negara
bermula 17 nov hingga 20 nov 2011
bertempat di Pulau Pangkor
masa mula2 sampai sana, semua peserta termasuk saya rasa tertipu.. mana taknya, promote program "JOm p Pangkor". kalau korang la kan, apa yang korang pikir??? mestilah holiday! kan..kan...
masa hari 1 &2..muka semua orang macam muka terpaksa datang. lagi2 masa ceramah..kelat je..otak masing2 nak main air laut kot..haha..
nasib baik KF perasan muka2 kelat ni..dia pon buat aktiviti splash time petang hari 2. masa ni, muka2 dak ni happy je..senyum sampai telinga na.. :D
sebenarnya, bagus je program BTN ni.. (dah la accommodation free, bilik ade aircond ada tv, makan 6 kali sehari..mmg tak sempat nk kebulur,asyik kene makan je..= )
tema dia Transformasi 1 Malaysia.. lepas kem tu baru la paham ape bende sebenarnya 1 Malaysia yang orang duk2 sebut ni..selain tu, kitorg ada belajar pasal pilihan raya.. ade demo..masa ni..barulah ter"O..O..O" =O..macam itu rupanya proses pilihan raya..
tema dia Transformasi 1 Malaysia.. lepas kem tu baru la paham ape bende sebenarnya 1 Malaysia yang orang duk2 sebut ni..selain tu, kitorg ada belajar pasal pilihan raya.. ade demo..masa ni..barulah ter"O..O..O" =O..macam itu rupanya proses pilihan raya..
oh2,,saya dah boleh mengundi tahun depan, tapi tak daftar undi lagi..hehe
jangan salah sangka, kem ni bukan berunsur politik..diorang tak mention apa2 pon pasal politik..
memang totally pasal kenegaraan...prinsip kenegaraan,rukun negara dan perkara2 dalam parlimen..oh2, ada juga pasal rukun solat.. masa mula2 ustaz yang saya rasa tak macam ustaz tu (jahat gila sy ni..haha) tanya berapa rukun solat..masa tu rasa macam batu besaq jatuh dari langit menghempap kepala..malu rasanya dengan Allah..hari2 solat, tapi rukun solat tak tahu ade berapa..huhu..kene perbaiki diri ni..kadang2 kita terlalu memikir yang jauh, sedangkan yang asas ni tak kuat..pokok tanpa akar yang kuat, senang tumbang kan..dan bukankah solat itu tiang agama..sama2 kita renungkan..
2* " I see the letters dancing"
9 december 2011
-Ampang-
pernah tak tengok cite ni??
cerita ini adalah pencetus kepada community project kitorg...=D
Dyslexia "I see the Letters Dancing"
apa benda Dyslexia ni?? nak tahu, tengok la cerita tu...(malas nak explain..takpon tgk gmbr bawah ni)
| cuba tengok macam mana adik ni tulis nama dia..ni salah satu masalah yang ada dekat adik2 dyslexic. |
tak pon boleh pergi ke Pusat Dyslexia Malaysia
dyslexia ni agak common jugak kat malaysia. ~10% children & adult ada dyslexia.. dyslexic ni sangat pandai sebenarnya..Albert Einstein the genius among genius pon dyslexic sebenarnya.. they are truly special dan sangat2 cute^^
| can u see the cute faces?? :) |
3* lawatan ke HBUK
dari kecik lagi kita selalu cakap tanjung rambutan tempat orang gila..tak baik tau! stigma! tapi takpe, dulu kita mana tahu psychiatry tu apa kan..
HUBK tu stand for hospital bahagia ulu kinta...memang bahagia dalam tu. sangat luas, banyak padang yang hijau..
![]() |
| penghuni HBUK..haha..bahagia no dema ni =D |
jangan ada stigma lagi lepas ni ok! =)
4* Dinner warisan mesra
17 december 2011
BUDDING THE BUDDIES
presenting to u our youngest buddy untuk tahun ni
| yang ni pon tinggi dari akak dia..huu |
tahniah kpd organisasi waarisan mesra kali ni. yang kurang tu boleh perbaiki lagi.. c u next year Warisan Mesra.. bakal dapat adik baru lagi =)
ush..panjang giler post..kumpul utk 2 bulan ni. dari haritu lagi nak update, tp malas.
notakaki/moodhati:
1. Alhamdulillah..semua urusan di psychiatry da selesai..perbaiki apa yang tak berapa baik.
2. dah sebulan tak balik..maka akan membawa diri ini pulang hujung minggu ini..^^
3. kat overc tengah musim sejuk yang ada salji tu (teringin nak men salji..=( . ) kat malaysia plak ada musim durian yang banyak duri tu..(musim yang ditunggu2 oleh hantu2 durian =D tak sabo nak balik, nak makan durian!
notakaki/moodhati:
1. Alhamdulillah..semua urusan di psychiatry da selesai..perbaiki apa yang tak berapa baik.
2. dah sebulan tak balik..maka akan membawa diri ini pulang hujung minggu ini..^^
3. kat overc tengah musim sejuk yang ada salji tu (teringin nak men salji..=( . ) kat malaysia plak ada musim durian yang banyak duri tu..(musim yang ditunggu2 oleh hantu2 durian =D tak sabo nak balik, nak makan durian!
BFF saya ^^ luv u la..muah3x
ada lagi sorang sebenarnye..QILA..dia tengah merajuk dgn kitorg. saya tak tau pujuk..g mana ni?huuu..



No comments:
Post a Comment