Friday, July 15, 2011

floria^_^

baru pulang dari floria di putrajaya.cepat saja nak up date...hehe
mood: sangat suka peti ais bunga itu


tema tahun ini  Roses Are Forever 

sangat sangat cantik.....
sy sangat suka " peti ais" bunga tu..
sejuk & harum semerbak..mana taknye, penuh roses dlm tu...
i loike..
tapi, yang tak bestnye..takde DSLR macam cik nadiah.. : (
camera biasa pon takde sebenarnye..haha..cian
guna jela camera handpon yang dah koyak rabak tu
bolehlah..sebagai kenangan terindah

dan
sebagai kenangan juga
sebelum balik tadi, saya beli sejambak rose putih untuk diri sendiri..
kesian 2 kali
saya sangat suka peti ais bunga itu...
rasa macam nak duduk dan tidur dalam peti ais bunga itu
saya sangat suka roses
(biasala tu, pompuan kan)

sangat suka gambar ini...KAK NAZA & saya ^^
moodnotakaki:
1. pagi tadi telah selesai kedua2 presentation..alhamdulillah..minggu yang sangat penat
    tapi sangat berbaloi.. : )
2. malam ni perlu menyambung cwu itu yang sudah tertunggak 2 minggu...
3. hati ini juga perlu digilap...
4. tak sabar nak tunggu esok...
5. dan weekend ini saya berseorangan dirumah..no body at home, except me : (


oh..lupa plak, terima kasih bebanyak dekat cik nadiah yag membawa saya ke situ..tahun depan ajak saya lagi ye (sebenarnya saya yang ajak nadiah..hehe) : )

Tuesday, July 5, 2011

sekolahlama





rindunya zaman sekolah. zaman budak2 sedang membesar..petang tadi sedang2 letih2 pulang dari kelas, online dan terjumpalah belog mrsm qtan.. belog qtagh tak tahu la sape owner blog tu..

terlampau banyak kenangan manis, pahit, masam & masin kat sekolah ni..

kat sekolah ni la saya belajar hidup kat asrama, belajar hidup dengan kawan2..
pertama kali masuk asmara.. homesick tu jgn cakap la..critical sungguh..asal tepon mak je mesti menangis..ish2..
ia amat memalukan.. =.="

kat sekolah ni juga sy jumpa geng2 saya..kebabom la mereka ni...kami ni kuat bercakap, kuat buat bising, kuat "study" dan paling kuat adalah kuat makan..haha..selalu balik prep malam awal sbb nak beli makanan tepi pagar sekolah...menu utama nasi lemak ayam..sedap!
cikgu2 kat sekolah ni pon best2..terbaek...(semua cikgu kat dunia ni mmg TERBAIK!!)
cuma kami2 je yang kekadang tu degil sket..
suka tido dalam kelas
lagi2 subjek BM ngan sejarah
(maaf cikgu..kami mmg kuat tido...huhu)
tapi..
ada satu kelas yang sy mmg tak pernah tido.
kelas kimia dengan cikgu L
siapa berani tido masa kelas cikgu L mmg berani mati la tu
cikgu L agak tegas..
tak boleh tido dalam kelas..sebelum dtg kelas mesti kena baca dulu..especially kalau haritu buat eksperimen
dan paling penting tak boleh lewat
kalau lewat masuk kelas, lari 1 padang dengan baju sekolah la jawabnye
bagus juga cikgu buat mcm tu..berdisiplin seket la kami2 yg kurang disiplin ni
kalau dtg sekolah nnt nak jumpa cikgu2..rindu..

tapi
dgr cite ramai cikgu dah pindah sekolah lain
termasuklah cikgu L..huhu

sebenarnye  entry ni cuma nak bagitau yang cikgu L dah pindah sekolah
tapi mcm pendek sgt kan
so merepek la sket2 kat atas tu
v(^_^)v

Friday, July 1, 2011

chayok2!!

akhirnya,sampai juga hari jumaat yang dinanti2kan....
dah sebulan tak pulang ke rumah. bukan tak nak, tp tak boleh nak balik..
ada saje benda nak dibuat bila weekend menjelma...hukhuk...

mak pon asyik tanya bila nak balik..
janji nak balik minggu ni..
tp, apakan daya

terpaksa tunda hingga weekend depan
weekend ni kene rajin sikit
CWU, SSM, LI yg da terkumpul2 dr minggu 1st, nota SG
selagi tak siap, jgn nak ngade2 nak balik
bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian

chayok2!!!

 di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Saturday, June 25, 2011

satu permulaan^^

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)).

رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya 
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. 
Barangsiapa yang hijrahnya kerana  dunia yang dia mahu mencari habuannya, 
atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah 
perkara yang ditujuinya itu.

(Hadis ini diriwayat Al-Imam al-Bukhari dan Al-Imam Muslim) 

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Niat adalah teras segala amalan.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan
suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah.
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar,
sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

terngiang2 suara MUAZ yg nyanyi lagu hadis ni~~

a will



if i die someday (of course i will,when? only HE knows ), 
please..please...& please don't do an autopsy on my body..
on whatever reason, manner or the cause of my death..
..just please don't..

1st time observing an autopsy, made me realize how important REDHA akan ketentuanNYA




selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam, maka tidaklah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu, baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan yang menjadi perkiraan Allah sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah SWT.


--it was 1600hr when i was  reading a chapter in nelson--