berakhirnya posting ophthalmology dengan hari yang sangat...
bolehlah dikatakan nightmare di siang hari..
bukan sahaja menyentapkan hati ini
tapi menyentapkan hati dr juga..
tak perlu menyalahkan sesiapa
diri ini yang bersalah
kurangnya motivasi diri
alhamdulillah..
bagus juga bila ada orang yang tegur kita
baru sentap hati...
baru tersedar dr mimpi yang lena
benarlah
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..
berubalah selagi ada hayat...
bak kata org puteh,
"better late than never" ^^
Sunday, February 12, 2012
coret-coret "Mengilham harapan, mencipta masa depan"
mengilham harapan, mencipta masa depan
adalah motto universiti kebanggaan malaysia
VARSITI KITA
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
amanah dan tanggungjawab
boleh dijadikan pembakar semangat di saat tak berapa rajin nak study..
falsafah UKM:
UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.
Wednesday, February 1, 2012
dia yang pertama
ya..ya..
dia yang pertama dikalangan kami
yang pertama bertunang...
dan kemungkinan besar dia juga yang pertama kahwen
bukan mungkin, memang of kos la kan :)
oh..macam tak percaya pula
dulu kita selalu main masak2, buat pondok kat kebun, nyerok, racing basikal kat jalan depan rumah,
naik moto bukan saja tripple, malah quadruple lagi tu.
dulu2 kita memang ohsem kan..
happy for both of u..
tapi sedih gak sebenarnya, sebab kau kahwen dulu dari aku..haish =_='
haha
congratulation amira a.k.a dedek
semoga berbahagia selalu
you are so gorgeous baby..
abaikan mataku yang menyepet nak lawan elida :P
semoga our friendship will last forever& ever
walaupon kita dah beranak-pinak, bercucu-cicit
kerana kita memang ohsem ^^
love u all lah..muah2
*ada 1 soalan yang akan ditanya oleh semua saudara-mara, teman ataupon jiran anda apabila salah seorang geng anda dah bertunang/ kawen...
soalannya--> "farah, kau bila pula?" (=_=)"
*di umur2 sebegini anda memang akan mengalami keadaan dimana jemputan kahwen tak putus2 sehingga membuat anda terasa ingin berkahwen..haha..:D
*minggu ni banyak perkara yang berlaku, untuk mematangkan diri ini, mungkin...
Tuesday, December 20, 2011
pejam celik
sekejap sungguh masa berlalu..pejam celik dah minggu terakhir posting psychiatry.. sepanjang 2 bulan ni, apa yang saya dah belajar? saja untuk mereflek diri..bila pikir2 balik, banyak benda baru yang saya belajar sebenarnya. Tapi saya tahu banyak lagi yang saya tak tahu. ilmu Allah tu kan luas. semakin kita belajar, semakin banyak kita tak tahu. tapi tak bermakna kita tak perlu belajar.
posting psychiatry ni, banyak jugalah task yang kena buat. tapi memanglah, kalau nak dibandingkan dengan TRIAD, kita jauh lebih relax. kekadang tu rasa macam terlebih relax pulak. lagi2 sekarang ni, long case saya telah berlalu isnin lepas..cwu pon da anta..seriously, lepas long case tu, perasaan malas membuak2 :( sepatutnya saya perlu amek kesempatan ni untuk cover balik apa yang sy dah belajar sepanjang 2 bulan ni..sebab next week dah start posting baru yang sy tahu ia sangat2 busy..ee..rasa nak ketuk2 je kepala ni..dush2!!
kalau kita sebut je psychiatry, most people akan terpikir "orang gila"... stigma biasa kan..dulu pon saya macam tu juga.. tak boleh nak salahkan mereka yang ada stigma tu. mereka cuma tak tahu apa sebenarnya psychiatry ni..kat sinilah pentingnya psychoeducation. "tak kenal maka tak cinta"..
patient psy ramai..dan doctor cakap, in the future, mental illness pon akan jadi big burden kat malaysia..
masa hari pertama nak masuk wad psychiatry, takut tu memang la ada..otak ni asyik tertanya2 "selamat ke tak masuk wad ni??kalau diorang mengamuk macam mana???" sebenarnya ok je pon.. so kawan2 yang akan masuk psy nant..jangan takut. ok je sebenarnya.. :)
tadi pergi Family Support Group session..sangat2 la menarik untuk join. masa ni carers share pengalaman diorang jaga famili yang ade mental illness..at least carers ni tak rasa keseorangan..dan in the future, bila dah jadi doctor, saya MESTI recommend FSG ni kat semua family yang ada masalah mental..saya bolehla cerita pengalaman saya join sesi ni untuk menguatkan lagi hujah saya..haha..nak berhujah2 plak..teori + pengalaman itu lebih baik.
2 bulan ni. nov & dec, selain berposting psy, banyak perkara lain yang berlaku:
1* kisah JOM p PANGKOR slash Bina Tata Negara
bermula 17 nov hingga 20 nov 2011
bertempat di Pulau Pangkor
masa mula2 sampai sana, semua peserta termasuk saya rasa tertipu.. mana taknya, promote program "JOm p Pangkor". kalau korang la kan, apa yang korang pikir??? mestilah holiday! kan..kan...
masa hari 1 &2..muka semua orang macam muka terpaksa datang. lagi2 masa ceramah..kelat je..otak masing2 nak main air laut kot..haha..
nasib baik KF perasan muka2 kelat ni..dia pon buat aktiviti splash time petang hari 2. masa ni, muka2 dak ni happy je..senyum sampai telinga na.. :D
sebenarnya, bagus je program BTN ni.. (dah la accommodation free, bilik ade aircond ada tv, makan 6 kali sehari..mmg tak sempat nk kebulur,asyik kene makan je..= )
tema dia Transformasi 1 Malaysia.. lepas kem tu baru la paham ape bende sebenarnya 1 Malaysia yang orang duk2 sebut ni..selain tu, kitorg ada belajar pasal pilihan raya.. ade demo..masa ni..barulah ter"O..O..O" =O..macam itu rupanya proses pilihan raya..
tema dia Transformasi 1 Malaysia.. lepas kem tu baru la paham ape bende sebenarnya 1 Malaysia yang orang duk2 sebut ni..selain tu, kitorg ada belajar pasal pilihan raya.. ade demo..masa ni..barulah ter"O..O..O" =O..macam itu rupanya proses pilihan raya..
oh2,,saya dah boleh mengundi tahun depan, tapi tak daftar undi lagi..hehe
jangan salah sangka, kem ni bukan berunsur politik..diorang tak mention apa2 pon pasal politik..
memang totally pasal kenegaraan...prinsip kenegaraan,rukun negara dan perkara2 dalam parlimen..oh2, ada juga pasal rukun solat.. masa mula2 ustaz yang saya rasa tak macam ustaz tu (jahat gila sy ni..haha) tanya berapa rukun solat..masa tu rasa macam batu besaq jatuh dari langit menghempap kepala..malu rasanya dengan Allah..hari2 solat, tapi rukun solat tak tahu ade berapa..huhu..kene perbaiki diri ni..kadang2 kita terlalu memikir yang jauh, sedangkan yang asas ni tak kuat..pokok tanpa akar yang kuat, senang tumbang kan..dan bukankah solat itu tiang agama..sama2 kita renungkan..
2* " I see the letters dancing"
9 december 2011
-Ampang-
pernah tak tengok cite ni??
cerita ini adalah pencetus kepada community project kitorg...=D
Dyslexia "I see the Letters Dancing"
apa benda Dyslexia ni?? nak tahu, tengok la cerita tu...(malas nak explain..takpon tgk gmbr bawah ni)
| cuba tengok macam mana adik ni tulis nama dia..ni salah satu masalah yang ada dekat adik2 dyslexic. |
tak pon boleh pergi ke Pusat Dyslexia Malaysia
dyslexia ni agak common jugak kat malaysia. ~10% children & adult ada dyslexia.. dyslexic ni sangat pandai sebenarnya..Albert Einstein the genius among genius pon dyslexic sebenarnya.. they are truly special dan sangat2 cute^^
| can u see the cute faces?? :) |
3* lawatan ke HBUK
dari kecik lagi kita selalu cakap tanjung rambutan tempat orang gila..tak baik tau! stigma! tapi takpe, dulu kita mana tahu psychiatry tu apa kan..
HUBK tu stand for hospital bahagia ulu kinta...memang bahagia dalam tu. sangat luas, banyak padang yang hijau..
![]() |
| penghuni HBUK..haha..bahagia no dema ni =D |
jangan ada stigma lagi lepas ni ok! =)
4* Dinner warisan mesra
17 december 2011
BUDDING THE BUDDIES
presenting to u our youngest buddy untuk tahun ni
| yang ni pon tinggi dari akak dia..huu |
tahniah kpd organisasi waarisan mesra kali ni. yang kurang tu boleh perbaiki lagi.. c u next year Warisan Mesra.. bakal dapat adik baru lagi =)
ush..panjang giler post..kumpul utk 2 bulan ni. dari haritu lagi nak update, tp malas.
notakaki/moodhati:
1. Alhamdulillah..semua urusan di psychiatry da selesai..perbaiki apa yang tak berapa baik.
2. dah sebulan tak balik..maka akan membawa diri ini pulang hujung minggu ini..^^
3. kat overc tengah musim sejuk yang ada salji tu (teringin nak men salji..=( . ) kat malaysia plak ada musim durian yang banyak duri tu..(musim yang ditunggu2 oleh hantu2 durian =D tak sabo nak balik, nak makan durian!
notakaki/moodhati:
1. Alhamdulillah..semua urusan di psychiatry da selesai..perbaiki apa yang tak berapa baik.
2. dah sebulan tak balik..maka akan membawa diri ini pulang hujung minggu ini..^^
3. kat overc tengah musim sejuk yang ada salji tu (teringin nak men salji..=( . ) kat malaysia plak ada musim durian yang banyak duri tu..(musim yang ditunggu2 oleh hantu2 durian =D tak sabo nak balik, nak makan durian!
BFF saya ^^ luv u la..muah3x
ada lagi sorang sebenarnye..QILA..dia tengah merajuk dgn kitorg. saya tak tau pujuk..g mana ni?huuu..Saturday, December 3, 2011
blog menarik untuk diterjah
seperti biasa..sabtu, pagi2 buta sudah membuka lappy untuk konon2nya membuat kerja..tp selalunye menyimpang ketempat lain juga..
klik link-link yang terasa nak di klik...lalu terjumpalah sebuah blog...
post terbarunya tentang " alam semester & trompet"..sangat2lah membuka mata ini. yang selalunya macam katak di bawah tempurung..
betul ke alam semester berbentuk seperti ini??
Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:
Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib.
klik link-link yang terasa nak di klik...lalu terjumpalah sebuah blog...
post terbarunya tentang " alam semester & trompet"..sangat2lah membuka mata ini. yang selalunya macam katak di bawah tempurung..
betul ke alam semester berbentuk seperti ini??
Sebelum
datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?.
Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman
yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas.
Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali
sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?
Sekitar enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.
Sekitar enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.
Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)
Hasil yang lebih terperinci apabila menggunakan WMAP
Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:
Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60
ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang
pada bahagian awalnya sangat menarik untuk difahami dan diteliti.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika
Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan
sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil, kemudian ia letakkan
dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya
bertanya, "Ya Rasulullah apakah sangkakala?" Jawab Rasulullah,
"Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya tanya, "Bagaimana besarnya?" Jawab
Rasulullah, "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai
Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup
hingga tiga kali. Pertama Nafkhatul faza '(untuk menakutkan). Kedua
Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk
menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam
hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau trompet malaikat
Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat dari cahaya. Saiz
bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan
kita pada trompet orang-orang zaman dahulu yang diperbuat dari tanduk.
Trompet yang diperbuat dari tanduk
Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib.
Jika
keshahihan hadis di atas boleh dibuktikan dan data yang diperolehi
melalui WMAP tepat, ini bermakna kita ini ibarat rama-rama yang hidup di
tengah-tengah kawasan gunung berapi yang aktif, yang boleh meletus
bila-bila masa sahaja.
Dan Allah telah mengkhabarkan kedahsyatan trompet malaikat Israfil itu dalam surah An-Naml ayat 87.
"Dan
pada hari ketika trompet ditiup, maka terkejutlah semua yang ada di
langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang di kehendaki Allah.
Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri."
(An-Naml ayat 87)
Pada
saat bergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang
mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya,
anak-anak jadi beruban dan syaitan-syaitan berlarian. "
Ada
sebuah soalan yang berlegar-legar dikepala, jika terompetnya sebesar
itu, bagaimana dengan si peniupnya. Dan lebih dasyat lagi, bagaimana
dengan Sang Penciptanya? Wallahua'lam.
sumber: zharifalimin
benarlah membaca menambah pengetahuan..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)










