Saturday, September 22, 2012

politik dari kotak hati & pemikiran saya

assalamualaikum w.b.t

sekali lagi..
kenapa saya buat entry tentang politik?
keadaan sekarang yang hangat2 tahi ayam di sini, dan mungkin hangat di kampus bangi tentang pilihan raya kampus telah membuatkan saya menaip entry ini
walaupon mungkin saya tidak terlalu faham tentang politik
tapi bagi saya
setiap orang berhak meluahkan pendapat,
ikut kamu kalau kamu setuju atau tidak
itu hak kamu


pilihan raya kampus akan berlangsung minggu hadapan..
sama sahaja keadaannya bila ada pilihan raya umum
oleh kerana saya tidak pernah tinggal di kampus utama, maka saya tidak pernah merasai kehangatan kempen-kempen yang saya dengar agak dahsyat juga

malaysia mengamalkan "demokrasi parlimen & raja berperlembagaan"
rasanya semua tahu tentang itu
bagi saya,
keadaan politik di malaysia ini sudah tenat
masing-masing seperti sudah lupa akan matlamat dan tujuan sebenar dalam berpolitik

seperti dalam entry yang lepas..
saya sangat percaya dan yakin bahawa politik tidak sepatutnya dilihat dalam satu kelompok ataupon parti.
yang penting adalah individual itu sendiri
kepada bakal-bakal pemimpin
tidak usah beriya-iya membawa perjuangan parti
pimpinlah berdasarkan siyasah syar’iyyah
bawalah kebijaksanaan, kejujuran, keikhlasan dan rasional dalam kepimpinan kamu
itu sahaja yang kami mahu

bukan perbalahan, kutuk-mengutuk dan pergaduhan
tidak perlu berpecah belah untuk membina negara
kamu2 seharusnya bersama dan bersatu!
kerana prinsip politik itu sendiri ingin  mewujudkan kebaikan bersama

sekian wasalam
peace no war ^^v

No comments: