Assalamualaikum w.b.t
pertama kali hiking 3 tahun yang lalu terus membuatkan saya jatuh cinta dengan hiking...namun, kekangan masa telah membantutkan keinginan saya untuk mendaki gunung2 di malaysia.
3 tahun lalu, buat pertama kalinya saya dan ahli2 kelab gayung KTSN mendaki gunung dato'. pengalaman pertama memang membuatkan kita teruja. walaupon penat &semput masa mendaki, tapi bila sampai dipuncak hilang semua lelah. melihat keindahan & kesempurnaan alam ciptaan Allah dari atas bukit memang menenangkan jiwa. cantik sangat2! subhanallah! allahuakbar!
"kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji". Surah Luqman : Ayat 26
| suatu ketika dahulu-di atas batu di puncak Dato' |
sepanjang 3 tahun ni ada juga pergi jungle tracking. tapi ia tak sama dengan hiking. hiking lagi exciting.
sabtu lepas, saya berpeluang lagi untuk mendaki bukit. kali ini bukit kutu. kutu bukan sebarang kutu. kutu ini datang dari kuala kubu baru. dia punya bukit, memang sangat mencabar. sangat mencanang! ibarat seekor kutu nak panjat kepala orang..tiba2 je..haha..
mendaki gunung/bukit memerlukan kekuatan fizikal DAN mental. mungkin ada yang terfikir nak naik gunung hanya memerlukan kekuatan fizikal. tapi percayalah, kalau mental tak kuat, pasti kita tak akan sampai ke puncak.
hidup kita juga begitu. seperti mendaki gunung untuk sampai ke puncak. bayangkan pendakian itu perjalanan hidup dan puncak itu matlamat kita. di setiap meter perjalanan kita pasti ada ujian. tak kiralah ujian kesusahan ataupon kesenangan.
hidup kita ini hanya ada 1 matlamat.
Firman Allah swt dalam surah Az-Zariyat ayat 56 bermaksud;
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”..
![]() |
| credit: yahoo image |
Allah berfirman, yang bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman dan
nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.”
[Surah al-Ankabut ayat 2-3]
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu)
orang-orang yang apabila di timpa musibah, mereka mengucapkan : ‘Innaa
lillahi wa inna ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapatkan
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[Surah al- Baqarah ayat 155 - 157]
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit,
atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua
kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
ingat tak entry saya tentang THE ROAD NOT TAKEN??
saya bersyukur sangat saya pilih jalan ini, of kos dengan izin Allah.
bak kata madi dalam entry terbarunye:
dalam berbilion manusia kat dunia ini, ada sebab kenapa Allah telah tetapkan takdir aku dan kamu di sini.
setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. tapi ingatlah, itu adalah yang terbaik buat kita. perancangan Allah adalah yang terbaik. He knows best.
saya juga diketemukan dengan kawan2 yang saya sangat berharga buat saya.^^
Alhamdulillah.
semoga Allah memberikan kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam hati kita.
saya insan biasa yang selalu sahaja lupa,yang selalu sahaja membuat kesilapan.
mohon maaf dari semua.
m/h:
A. cakap memang mudah,tapi nak laksanakan...perlu usaha.
B. setiap tulisan saya adalah hanya semata2 untuk mengingatkan & memujuk diri saya.
C. perlu serius!!nak jadi dr dah weh...
D.Alhamdulillah, mimpi semalam menjadi kenyataan. terima kasih Allah. :)
[kita tidak miliki apa-apa]

No comments:
Post a Comment