Friday, May 18, 2012

minda bergerak secara rawak 7

#1 : 14mei2012

bermulalah tahun 5 sebagai medical student. dan bermaksud ada setahun sahaja lagi untuk belajar sebagai student dan kemudian menjadi dr..insyaAllah
happy! sbb dah nak habis :) tapi nervous lebih lagi. lebih2 lagi bila memikirkan tanggungjawab dan amanah yang akan digendung nanti. semoga tabah, kuat dan bertanggungjawab! amin...

#2 : Special Study Module

ini entry ke berapa entah saya bercakap pasal SSM..menunjukkan betapa saya suka SSM. peace! hehe

18mei2012 -- setelah 7 minggu lebih ulang-alik klinik O&G <--> lab KCKL,
akhirnya, ALHAMDULILLAH! alhamdulillah! sample sudah selamat habis dikumpul. biarlah hasil analysisnya sebegitu. sudah dapat sample itupon sudah menggembirakan hati. stress amat masa collect sample..huu..

terima kasih tak terhingga kepada doctor2 yang baik, pembantu klinik (PK)2 yang ohsem dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengumpulan sample kami.

#3 : cerita politik
merawak2 sehingga terpikir tentang ini
isi part ini adalah dari kotak fikiran saya dan bagi sesiapa yang rasa2nya tak setuju..itu hak kamu.

bercerita tentang politik...memang saya tak berapa gemar. namun sebagai rakyat yang juga pengundi dan dipimpin oleh pemimpin yang diundi,maka haruslah saya mengambil tahu akan politik. tidak suka politik tak bermakna  tidak mengambil tahu dan menolak habis2an isu politik.

politik berkait rapat dengan pembangunan negara. teringat masa kem BTN transformasi 1 Malaysia. dalam 1 sesi perdebatan, kami ditanya elemen apa yang terpenting dalam pembianaan negara. kami diberi 4 pilihan iaitu tanah air, agama, individu dan bangsa. pada ketika itu saya memilih agama. dan majoriti juga begitu. lama juga kami berdebat. berjam la juga. setelah habis perdebatan, setelah mendengar semua hujah, kami tahu semua elemen itu penting. namun kami diberitahu bahawa yang terpenting adalah tanah air. mula2 saya macam tak boleh terima,tapi bila difikirkan balik betul juga, tanpa tanah air tiada negara untuk pembinaan negara. dan selepas itu saya memilih agama yang ke2. 

melihatkan situasi negara sekarang ini di mana kita sudah memiliki tanah air, saya mula sedar bahawa negara yang terbina tanpa individu yang terbina juga boleh membantutkan pembangunan negara. maka, disaat ini saya pasti bahawa elemen terpenting dalam pembinaan negara adalah individu itu sendiri. individu itu adalah saya dan mereka yang dipimpin dan juga pemimpin. dan dalam setiap individu itu selain ilmu penuh di dada, perlulah juga ada agama yang benar, lurus & teguh. lebih2 lagi seorang pemimpin itu. maka yang terpenting bagi saya adalah, individu yang beragama dan faham agama.

tahun ini ada pilihan raya umum PRU. bila dekat2 PRU macam2 cerita keluar. entah betul entah tidak. bila dengar pihak A cakap, macam A yang betul B salah. bila dengar B cakap, macam B betul A pulak yang salah. konpius I tau tak?! bila difikir2 balik, org2 ini memang pandai berkata2. tanam tebu tepi bibir agaknya. saya ingin sangat melihat kebenaran yang sebenar-benarnya. doa semoga Allah tunjukkan kebenaran. amin.

kenapa tiba2 cakap pasal ini?
sebab tahun ini saya dah boleh mengundi :)
nak pilih siapa??

Allah telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita semua tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih dalam Surah As-Sajdah (32) : ayat 24 ;

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."

sebab itu individu beragama yang faham agama adalah yang terpenting.
peace. no war! :)


MH:
A. perlu check hati ini kembali dan sentiasa kembali.
B. berjaya menjadi cool..ahakz!
C. 5 hari berturut2 main netball, sakit 1 badan..urghh! rasa seperti berposting JKM! hm..sedarlah diri ini bahawa anda sudah 5th year,kawan2 lain sudah mula buka buku. anda bila lagi?

No comments: