swab..swab..swab..
dah dekat sebulan..itulah kerja kitorang...swab,,swab,,dan swab
sehinggakan seorang Dr panggil kitorg swab team
terbahak-bahak kitorang gelak..
tapi nice juga kan nama tu
sesuailah dengan projek special study module aka SSM kitorang yang memerlukan 139 high vaginal SWABs
SSM ni memang special sehinggakan saya yang amat mementingkan cuti sanggup untuk mengkorbankan cuti akhir 4th year ni..hoho
walaubagaimana pon, setelah selesai swab & analysis, maka saya dengan itu akan menuntut kembali cuti saya
maka, sekarang ini saya hanya perlu bersabar dan terus bersabar
berdoa semoga pesakit yang positif Trichomonas vaginalis datang ke klinik O&G hukm, jangan pergi klinik lain, klinik O&G HUKM sahaja ok!
selama sebulan ini, setelah 79 swab yang telah dilakukan, kesemuanya adalah NEGATIF! T_T
![]() |
| credit to yahoo image |
inilah parasit atau lebih tepat lagi protozoa yang kitorang cari...payah jugak nak jumpa binatang ni (bahasa kasarnye..ampun)
seperti yang dilihat, binatang ini ada 4 flagella yang membenarkan ia bergerak secara rawak
bila tengok dalam culture ataupon wet mount, melihat ia bergerak2 sangatlah comel..
yang ini binatang yang sama tapi dalam Giemsa staining
tengok slide Giemsa adalah yang paling lama
sebab dia akan stain bukan sahaja binatang ini, tetapi segala sel2 yang mempunyai nukleus
so, flagella itulah yang menjadi special characteristic utk trichomonas yang memudahkan kitorang cari diorang dalam slide Giemsa..fuh!
tapi setakat ni tak jumpa lagilah
huhu
khamis lepas, Prof aka supervisor kitorang hantar kitorang balik kolej
punyalah sweet prof kitorang ni
haritu belanja makan
dalam perjalanan balik tu, prof adalah memberi kata2 semangat
saya tahu prof faham kepayahan kitorang nak siapkan SSM ni
prof cakap:
"tak apalah, at least kamu ada pengalaman bekerja dengan doktor, PK staf kat klinik. lepas tu buat kerja dekat lab."
lebih kurang macam tu la bunyinya..
betul juga apa yang prof cakap
semangat2!!
walaupon "0" yang kita dapat
itu tetap result
dan insyaAllah kami boleh!
usaha,sabar, tawakal dan berdoa
siapkan SSM dengan jayanya, sebagai syarat nak grade next year!
insyaALLAH!


2 comments:
waa jeles yer prof bagi kata2 semangat T.T geni
meh kongsi semangat tu geni..awk pon buat kat klinik jugak kan..so awk pon dah ade pengalaman kerja dgn dr & staf kat klinik :) slmt berjaya utk korgnye ssm ^^
Post a Comment