Monday, April 16, 2012

3days-full of love

jumaat lepas, saya tergesa2 pulang ke rumah sebab kawan-main-masak2 nak nikah esoknya.

sebelum exam lagi saya dah berangan-angan nak teman dia buat wedding preparation sbb masa tu saya ingat saya akan bercuti di rumah. namun, apakan daya..hanya mampu tersenyum sahaja bila mengenangkan SSM yang memaksa saya duduk di kolej sejak 3 minggu yang lalu.*senyum sampai telinga*

sesampai je di rumah,solat dan terus gesa2 drive ke pekan untuk membeli hadiah sebab dah tak saba nak pergi jumpa dia ni. sampai2 je di pekan, saya pon tergesa2 parking dekat depan the store tanpa memikirkan sedikit pon tentang parking fee..saya ingat tak payah bayar parking fee sbb parking depan the store. sekali saya kuar je...amek kau!kau ingat parking lot tu the store yang punya, rupanya2 MDKL punya daa....tak pasai2 kena saman..buat panas je..dah la memang panas terik waktu tu. tambahan pula, hadiah tak jadi beli kat situ..sabo je la cik akak.

lepas beli hadiah dan bayar saman,terus pulang dan berlari2 ke rumah sebelah. giler excited nak jumpa dia ni..jumpa je dia, terus masing2 suruh tampar muka sesama sendiri..bukan dia je yang tak percaya dia nak kawin, wa pon sama tak percaya..

malam itu, pakai inai dan tidur sama2. buat kali terakhirnya..(acara wajib dibuat bila kawan baik nak kawen)

tercapai jugak hasrat nak pakaikan inai kat pengantin..walaupon hasilnya so-so je.. :P
hari nikah...


dah 3 kali saya tengok majlis akad nikah.tapi first time saya paham apa yang berlaku masa majlis..
rasa sangat berdebar masa tunggu akad..macam dia je yang nak kawen..haha... excited terlebih sudah..
alhamdulillah, dengan sekali lafaz je adek sah jadi isteri orang...
sekarang dah jadi PUAN... :)

selamat pengantin baru adek..
selamat menjadi isteri mithali yang solehah..
selamat melahirkan anak2 yang soleh dan menjadi ibu...tahun depan la kot kan...ngeee..
dan
semoga kekal bahagia hingga ke syurga. ^^ insyaAllah

inilah kawan2 childhood saya
 semoga our friendship last forever...^_^v

No comments: