Sunday, April 22, 2012

netballing

sejak sekolah rendah lagi, saya memang suka main netball aka bola jaring. sehinggakan saya memilih kelab bola jaring semasa saya darjah 6. setiap rabu petang training masa ko-ko. dulu saya sangat pendek (sekarang pon pendek juga..tapi2!!alhamdulillah sempurna dan sihat walafiat) dan sebab itu juga saya tak terpilih untuk join match. hanya layak jadi ahli kelab. ciankan saya. saya kecik hati juga masa cikgu cakap saya tak dpt masuk match sbb saya kecik sangat. kecik hati saya yang memang kecik. tengok saiz badan la kan. sebab tu dulu saya selalu tanya emak, napelah saya kecik sangat. tak bersyukur langsung kan? itu dulu, tak matang lagi. sekarang ni, lebih2 lagi bila saya dah lalui semua posting kat hospital,saya lebih bersyukur kerana dikurniakan tubuh badan yang sempurna, berfungsi dan sihat walafiat. alhamdulillah :)

oleh kerana,saya memang tak boleh nak aktif sukan,maka saya pon memilih aktiviti lain masa sekolah rendah. saya masuk kelab nasyid. untuk sekolah kebangsaan dan sek rendah agama. nasyid? ye2...walaupon suara saya hanya layak sebagai suara background. ada ku kesah?haha..tapi group nasyid kitorg not bad lah..masuk peringkat negeri k. tapi masa tu dapat no 2 je. so,tak dpatlah masuk peringkat kebangsaan. kalau sekarang ni orang suruh saya karok,memang awal2 saya dah tolak. sbb i tahu sore i sumbeng.

em..oleh kerana saya bosan tahap dewa sekarang ni, so saya saja2 buat entry kali ni untuk bercerita pengalaman saya main netball selama 4 tahun belajar kat sini. saya rasa,saya macam dah jadi player tetap pula. setiap tahun mesti join.  dari first year sampailah 4th year. selama 4 tahun ni,tak pernah menang keseluruhan..haha. tapi tahun ni kira oklah sebab menang tempat ke2 keseluruhan. mungkin permainan kitorg sedikit mantap dari tahun2 sebelumnya. kitorg mana ada practice bagai nak lawan. hari ni lawan,hari ni jelah kitorg main.haha. kitorg more to nak having fun je. bosan la kalau asyik study je kan. (bajet kuat study je..=P) 

1st year adalah yang paling teruk kena belasah. masa tu,saya masuk sebab tak ada orang nak masuk.dah orang offer, saya masuk je la. saja2 nak main. senior2 kitorg hebat kau tau. kalau setakat lawan kitorg yang nak main2 je ni,kompem2lah setiap minit dapat 1 jaring.haha. 

inilah muka2 yang hampir tiap2 tahun main. gambar ni masa 2nd year. main bola jaring ni sebenarnya kena ade strategi. macam football la. tapi oleh kerana kitorg tak pakai coach,so kitorg main belasah je. takde strategi bagai ni. main baling je. yang penting baling ke arah shooter. jangan pass bola kat shooter lawan sudah :P

main dalam kumpulan ni,kena ade chemistry. so far,saya rasa we all have good chemistry. kau ingat orang berchintan je kena ade chemistry. main dalam team pon kena ada tau.

ha,lagi satu,saya rasa,team kitorg je yang selalunya ade pemain simpanan. bukan 1/2 orang,kadang2 sampai boleh buat 2 team..haha.. sebab semua orang turun nak bagi semangat..alang2 dah ada simpanan, guna je la kan. sikit2 tukar player. almaklumlah, cepat semput..haha. 

saya memang suka main netball. kenapa bukan basket ball? paham2 sendiri la ye. 

itu sahaja cerita yang nak disampaikan. haha. ntah pape kan? adaku kesah.

adakah tahun ini saya akan terus bermain? wallahualam.

sekian..majulah sukan untuk batch 0813 ^^

No comments: